KURNIAAN DARIPADA SULTAN IBRAHIM MERINGANKAN BEBAN RAKYAT JOHOR - 16,031 KOTAK MAKANAN DISAMPAIKAN KEPADA PENERIMA SEJAK APRIL 2020
Rakyat berbilang bangsa di Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan barangan keperluan makanan daripada Baginda kepada rakyat.
Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat menitikberatkan kebajikan rakyat, ketika ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), bermula pada 28 April lalu, sebanyak 16,031 kotak barangan keperluan makanan disampaikan kepada golongan memerlukan di 10 daerah di Johor.
Tanpa mengira agama dan bangsa, bantuan disampaikan di pelbagai kawasan penempatan bagi meringankan beban rakyat.
Sehingga kini, kurniaan barangan keperluan makanan disampaikan secara berterusan kepada penerima.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor